IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Sistem Dinamik Pemodelan dan Analisis

Buku ini dituliskan khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal di institusi pengajian tinggi di Malaysia sebagai teks di peringkat diploma dan juga ijazah. Ia juga sesuai untuk pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan lain dan juga mereka yang telah bekerja sebagai teks ulangan atau bahan rujukan. Buku ini tidak menyetuh setiap bahan atau segala aspek yang terkandung dalam sistem dinamik secara mendalam dan terperinci. Dengan itu, buku ini sesuai digunakan untuk kursus awalan dan pertengahan bagi subjek sistem dinamik, getaran dan kejuruteraan kawalan. Keseluruhan kandungan buku ini membicarakan tentang sistem yang linear sahaja. Kami mencadangkan agar para pelajar mengambil subjek sistem dinamik lanjutan untuk perbincangan lanjut tentang sistem yang tidak linear.