Buku Teks Sains SUkan Tingkatan 4 ini ditulis selaras dengan kehendak Huraian SUkatan Pelajaran. Penulisan buku teks ini bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni Kementerian Pelajaran Malaysia dan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan para pelajar yang mampu menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.