Pada tahun 2005, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia telah genap mencapai usianya yang ke-10 tahun. Seiring dengan perkembangan tersebut, FBMK berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan misinya untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan yang unggul dalam bidang kebahasaan, kesusasteraan dan komunikasi. Selaras dengan misi tersebut, FBMK turut mensasarkan matlamat untuk mewujudkan sebuah pusat kepakaran dalam bidang kebahasaan dan komunikasi yang dapat menyalurkan ilmu kepada masyarakat untuk kemajuan negara dan pembangunan insan. Untuk itu, FBMK telah menyediakan prasarana seperti geran serta tabung penyelidikan yang akan membolehkan para pegawai akademiknya mengusahakan kajian, dan seterusnya membentangkan hasil kajian mereka dalam seminar akademik. Sehubungan itu, dan lebih signifikan lagi, penyediaan geran serta tabung penyelidikan tersebut juga memungkinkan penghasilan makalah penyelidikan yang terkumpul dalam buku ini.

In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
1 in stock
Add to cart
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more