IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Pelan Integriti Nasional

Perancangan dan pelaksanaan agenda integriti nasional merupakan gagasan penting ke arah memartabatkan sebuah negara dan bangsa yang mulia dan berdaya saing. Bagi merealisasikan wadah dan cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri, maka antara cabaran besar ialah ke arah “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.” Landasan ini telah diletakkan dengan kukuh dalam cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.