IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Modul Hubungan Etnik

Kursus Hubungan Etnik telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini sejak tahun 2005. Bagi menampung keperluan para pelajar terbabit, satu modul telah diterbitkan dengan tujuan untuk mendedahkan mereka kepada tajuk- tajuk asas meliputi pelbagai bidang seperti perlembagaan, politik, ekonomi, agama dan pendidikan. Selari dengan janji kami untuk terus membaiki modul bagi kursus ini secara berterusan dan berkala,berdasarkan perkembangan semasa dan juga maklum balas daripada pelbagai pihak, terutama pensyarah dan pelajar, maka kami pun mengambil keputusan untuk menerbitkan buku baharu ini. Buku ini berbeza daripada modul terdahulu dari segi konsep, orientasi dan kandungan. Jika dalam modul sebelumnya, kerangka konseptual adalah berteraskan paradagima konflik, tetapi dalam bukuini kerangka konseptual adalah berdasarkan paradigma kesepaduan sosial sebagai suatu pendekatan alternatif untuk melihat hubungan etnik di Malaysia dan kompleksiti yang wujud di dalamnya.