Ibadah haji merupakan kemuncak ajaran Islam. Ini kerana di dalamnya terkandung rahsia dan hikmah yang tersurat mahupun yang tersirat. Hikmah yang tersurat dan tersirat itu mengandungi pengajaran, didikan serta tarbiyah (latihan) yang amat luas dan mendalam sekali. Ibadah umrah juga digalakkan kita menunaikannya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seperti yang disebut dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
(Al-Baqarah:196)
Begitu juga daripada Ibnu Umar RA berkata:
“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)
Buku ini mengupas keistimewaan Makkah, falsafah haji dan umrah serta rahsia dan hikmah di sebalik rukun haji dan umrah. Bukan itu sahaja malah ia juga mengupas dari segi sejarah, kajian saintifik dan tauhid. Sesungguhnya sesiapa yang berniat untuk menunaikan haji ataupun umrah mestilah memiliki buku ini untuk mengetahui rahsia Makkah, Kabaah, air zam-zam serta rukun dan wajib haji serta umrah.
Semoga penghasilan buku ini mempunyai nilai di sisi Allah SWT. Dan semoga ianya dapat merapatkan hubungan semua yanag terlibat dengan buku ini, daripada penulis sehingga kepada pembaca dengan Al-Khalik serta menambahkan lagi keimanan, kepatuhan dan ketundukan kepada Allah SWT. Selamat menghayati!

In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more