IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Buku Statstik Penyelidikan Lanjutan I (Buku 4)

Buku ini sangat sesuai untuk kegunaan individu-individu yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan. Kandungan buku ini yang meliputi semua aspek penyelidikan, sesuai dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan reka bentuk dan statistik penyelidikan pada peringkat pengajian ijazah asas dan ijazah lanjutan. Secara keseluruhannya, buku ini memuatkan 9 bab yang membincangkan dua aspek penyelidikan lanjutan, iaitu (1) konsep statistik penyelidikan dan persediaan data untuk program SPSS dan (2) ujian univariat dan ujian multivariat yang merangkumi ujian ANOVA sehala, ujian ANOVA dua-hala, ujian SPANOVA, ujian ANCOVA, ujian MANOVA untuk sampel-sampel bebas, ujian MANOVA untuk pengukuran berulangan, ujian MANCOVA dan analisis trenda.