IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Asas Statistik Penyelidikan (Buku 3)

Penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam pelbagai bidang kerana ia merupakan salah satu usaha yang dapat meningkatkan keupayaan intelek para pendidik untuk mencari penyelesaian masalah seiring dengan amalan pendidikan yang sering berubah di zaman globalisasi ini. Penyelidik dapat memahami, mengesan, memperbaiki serta mempertingkatkan keberkesanan tugasan seharian dan secara tidak langsung membantunya untuk mencapai kecemerlangan profesionalisma melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan. Oleh yang demikian, para penyelidik seharusnya menjadikan penyelidikan sebagai satu budaya kerja di semua peringkat, terutamanya di institusi pendidikan.