Buku ini boleh digunakan oleh para pelajar sekolah menengah dan juga sesiapa sahaja yang ingin mempelajari teknik-teknik asas melukis dan mereka bentuk. Pendekatan buku ini lebih mementingkan asas teknikal. Buki ini juga baik untuk mereka ang baru dalam bidang seni lukis kerana ia memaparkan ciri-ciri penting tentang asas seni lukis. Sungguhpun apa yang dipaparkan dalam buku ini tidaklah secara komprehensif, tetapi cukup untuk seseorang itu memahami asas-asas yang begitu penting dalam bidang ini.