Buku ini berkisar tentang idea utama yang telah mendukung seni bina Barat sejak zaman Yunani purba hingga hari ini. Idea ini meliputi pelbagai bidang – daripada bidang teknologi kepada perhiasan, daripada perancangan kepada seni kraf, dan daripada cara menginterpretasikan masa silam kepada cara membina untuk masa depan. Hal ini juga termasuklah cetusan intelektual yang menghasilkan Gothik zaman pertengahan, tanggapan di sebalik idea kota taman dan inovasi teknologi yang membina pencakar langit. Separuh pertama buku ini meliputi seni bina masa silam yang kaya, daripada akar umbinya, dengan gaya Yunani hinggalah perkembangan revolusioner pada lewat abad ke-19. Hal ini menunjukkan cara arkitek dan jurubina menghasilkan bukan sahaja satu dana gaya- bersejarah – daripada klasik kepada Gothik – tetapi juga semua jenis idea seperti pasang siap dan kota taman – yang menarik minat arkitek pada hari ini.

In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more