IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

50 Idea Psikologi Yang Patut Anda Ketahui

Psikologi mempunyai penyokong dan pengkritiknya. Sesetengah pihak berpendapat bahawa psikologi ialah “ratu sains sosial” yang perkembangan, wawasan dan penerapannya menjadi rahsia kesihatan, kebahagiaan dan kemajuan. Pengkritik melihat ahli psikologi sebagai pengamal yang menipu, malah berbahaya sama ada dari segi akal atau idea dan amalan yang salah.Psikologi wujud secara rasmi pada 1870-an. Ahli psikologi diiktiraf sebagai tokoh antarabangsa yang berpengaruh. Kita boleh menghujahkan bahawa, bersama-sama Darwin dan Marx, Freud juga adalah antara pemikir paling berpengaruh pada abad ke-19.