IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

50 Idea Falsafah Yang Patut Anda Ketahui

Dalam sebahagian besar sejarahnya yang panjang, falsafah mempunyai pengalamannya sendiri bagi orang berbahaya yang mengemukakan idea berbahaya. Berdasarkan kekuatan idea mereka yang kononnya subversif, Descartes, Spinoza, Hume dan Rousseau, sekadar menyebut beberapa nama telah diugut dengan pengucilan, dipaksa menangguhkan penerbitan karya mereka, dinafikan kedudukan profesional atau dibuang daerah. Kisah yang diketahui ramai ialah anggapan Athens terhadap Socrates sebagai seorang yang mempunyai pengaruh yang sangat buruk sehingga beliau dihukum mati. Tidak ramai ahli falsafah pada hari ini yang dihukum mati disebabkan oleh kepercayaan mereka, yang merupakan sesuatu yang menyedihkan – sekurang-kurangnya setakat ini menjadi ukuran berapa banyak ancaman yang telah hilang.