IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Al – Maalim Al- Hadhariah (Siri 10)

Title:
Al-Maalim Al-Hadhariah (Siri 10)

Description:
Alhamdulillah, segala pujian kepada Ilahi atas taufik dan hidayah- Nya, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dapat mengeluarkan buku Himpunan Hadis-hadis al-Maalim al-Hadhariah hasil usaha Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu. Atas usaha beliau saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Buku ini diharapkan akan memberi manfaat dan faedah kepada umat Islam Terengganu khususnya dalam mempelajari dan memahami sunnah Nabi s.a.w. terutama berkait dengan hadis-hadis yang boleh menjurus kepada pembinaan peribadi umat Islam yang unggul, mendorong kemampuan membina tamadun umat hari ini. Selama ini umat Islam lebih banyak ditekankan mempelajari hadis- hadis berbentuk ibadat dan akidah. Tidak banyak dihimpun hadis yang menekan soal-soal membina akhlak atau sifat mulia yang boleh membina jati diri Muslim. Kita banyak didedahkan dengan teori-teori barat dalam ilmu pengurusan, etika kerja dan aspek-aspek motivasi, sedangkan khazanah Islam berasaskan sunnah terabai.

 

1 in stock