IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia

Buku ini meneliti fasa ekonomi Malaysia yang berubah-ubah sejak mencapai kemerdekaan pada 1957. Pertanian menjadi sumber utama pertumbuhan dalam fasa awal pembangunan. Pada 1960-an dan 1970-an, industri ganti-import dan industri orientasi-eksport menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi. Pada 1980-an pula, pelaburan dan sektor khidmat yang berkembang menjadi jentera pertumbuhan. Manakala pada 1990-an, ekonomi negara menjadi mampan melalui produktiviti dan peningkatan industri kepada industri nilai tambah.