IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan Lukisan Reka Bentuk Berbantu Komputer Autocad

AutoCAD adalah sebuah perisian yang digunakan secara meluas untuk mereka bentuk objek kejuruteraan. Penggunaan AutoCAD dalam bidang kejuruteraan dapat dilihat dalam pelbagai cabang, terutamanya dalam kejuruteraan mekanikal, senibina, elektrik, kejuruteraan marin, kejuruteraan awam dan banyak lagi. Buku ini menerapkan penerangan secara asas berkenaan arahan-arahan di dalam AutoCAD dan latihan secara penggunaan perisian ini, namun begitu penerapan penggunaan Bahasa Melayu dan latihan secara praktikal menggunakan perisian AutoCAD yang terkini masih lagi kurang di pasaran.