IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Kisah Itu Maha Panjang

Novel yang pernah difilemkan ini mencakupi kisah kehidupan tahun 1940-an hingga 1970-an yang penuh drama dengan mengasyikkan dan mendebarkan. Setelah menjadi yatim piatu sejak kecil, Ali berhijrah dari Bulgaria ke Turki bersama datuknya, Pelvan Suluman, seorang tukang gusti minyak. Menetap di Eyup, Istanbul, dan dibesarkan oleh datuknya sehingga menjadi seorang pemberani dan pejuang hak sama rata kemanusiaan. Ketika remaja, Ali jatuh cinta dengan Munire, anak seorang pemilik panggung wayang terbuka. All melarikan Munire untuk berkahwin dengannya kerana ibu bapanya tidak merestui hubungan mereka. Sejak itu, Ali menghabiskan hidup dengan kekasih hatinya, berpindah-randah dari bandar ke bandar dari stesen kereta api ke stesen kereta api. Mereka dikurnia anak yang diberi nama Mustata. Ali mendapat gelaran “sosialis” lantaran kesungguhan dan ketegasannya  memperjuangkan keadilan dan menolak ketidakadilan dan diskriminasi.