IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Ensiklopedia Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Jilid 10

  1. MAHATHIR MOHAMAD, salah seorang tokoh paling lama dan paling lantang bersuara di pentas politik dunia, menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak 16 Julai 1981. Beliau mula terserlah pada 1969 apabila beliau disingkirkan daripada parti pemerintah, UMNO, kerana menulis surat mengkritik Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Sebelum. diterima kembali ke dalam UMNO pada 1972, beliau menulis sebuah karya terkenal yang penuh dengan kontroversi, The Malay Dilemma (1970), yang menyingkap kemunduran ekonomi orang Melayu, dan menyarankan campur tangan negara bagi memulihkan ekonomi orang Melayu. Buku itu diharamkan dengan serta-merta di Malaysia. Dalam buku A New Deal for Asia (1999), Dr. Mahathir menyentuh perjuangan Malaysia untuk mencapai kemerdekaan dan menyelar mereka yang menyanjung pasaran bebas secara membuta-tuli.

 

Sebagai Perdana Menteri keempat Malaysia, Dr. Mahathir memainkan peranan utama dalam kemaraan rakyatnya dengan penuh yakin menuju Wawasan 2020, iaitu rangka tindakan beliau berhubung kemaraan Malaysia ke arah status negara maju. Dilahirkan pada 1925, Dr. Mahathir mendapat pendidikan dalam bidang perubatan di Singapura, tempat beliau menemui bakal isterinya Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Selepas berkhidmat sebagai doktor dalam perkhidmatan kerajaan, beliau membuka klinik perubatannya sendiri di bandar kelahirannya, Alor Setar. Pada 1974, beliau meninggalkan bidang perubatan untuk bergiat sepenuh masa dalam kerjaya politiknya. Dr. Mahathir dan isterinya dikurniai tujuh orang anak dan sepuluh orang cucu.

 

1 in stock