Ensiklopedia Dr. Mahathir Bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Jilid 2
MAHATHIR MOHAMAD, salah seorang tokoh paling lama dan paling lantang bersuara di pentas politik dunia, menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak 16 Julai 1981. Beliau mula terserlah pada 1969 apabila beliau disingkirkan daripada parti pemerintah, UMNO, kerana menulis surat mengkritik Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Sebelum. diterima kembali ke dalam UMNO pada 1972, beliau menulis sebuah karya terkenal yang penuh dengan kontroversi, The Malay Dilemma (1970), yang menyingkap kemunduran ekonomi orang Melayu, dan menyarankan campur tangan negara bagi memulihkan ekonomi orang Melayu. Buku itu diharamkan dengan serta-merta di Malaysia. Dalam buku A New Deal for Asia (1999), Dr. Mahathir menyentuh perjuangan Malaysia untuk mencapai kemerdekaan dan menyelar mereka yang menyanjung pasaran bebas secara membuta-tuli.