Karya ini menjejaki liku-liku perjalanan, strategi dan pendekatan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang ke-21 dalam menerajui agenda transformasi perkhidmatan awam sebagai respons strategik kepada perubahan-perubahan monumental masa kini. Mendepani megatrend baharu yang landskap dunia, upaya mengangkat dan falsafah baharu penyampaian yang berteraskan inklusiviti dan citizen-centric merupakan pra-syarat kelangsungan perkhidmatan awam.
Dalam era yang menyaksikan pembentukan arkitektur dan order baharu global, perkhidmatan awam perlu menampilkan preskripsi terbaik dalam ikhtiar menjadikannya par excellence. Kritikal dalam senario ini ialah usaha membudayakan penataran keilmuan sebagai tonggak profesionalisme; pemanfaatan kerajaan digital sebagai pemangkin kebitaraan perkhidmatan; perapatan jurang generasi dalam menangani dinamika demografi atau demographic upheaval; dan pemerkasaan perdampingan dalam menjulang kecemerlangan musyawarah dan keterbukaan. Ternyata, transformasi perkhidmatan awam secara ekstensif kini menjadi satu kemestian.
Kekuatan naskhah ini terletak kepada pendekatannya yang menelusuri pelaksanaan agenda transformasi dari sudut pandang dan gerak tindakan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, tokoh yang menjadi fokus perbicaraan buku ini.