IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Transformasi Kokurikulum IPT

Kokurikulum dalam sistem pendidikan Malaysia telah lama diamalkan di peringkat persekolahan Malaysia selaras dengan Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1985). Aktiviti kokurikulum yang dikenali sebagai extra curriculum atau ‘kegiatan luar darjah’ merupakan satu program aktiviti yang dijalankan di luar kurikulum sebenar sekolah. Namun, dalam peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995, telah menghuraikan kokurikulum sebagai : ‘Kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah’