Buku Dinamika Pengajian Tinggi ini adalah himpunan rencana oleh YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang pernah tersiar dalam akhbar- akhbar tempatan sepanjang tahun 2010 sehingga 2012.
Selain koleksi rencana, buku ini juga menghimpunkan lima wawancara terpilih beliau dalam menjawab persoalan berkaitan pengajian tinggi khususnya isu kemasukan pelajar, perubahan sistem kalendar akademik universiti, pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Penerbitan buku ini tidak akan berjaya tanpa sokongan media- media tempatan yang banyak menyokong YB. Dato’ Seri terutama dalam konteks menyiarkan penulisan pemikiran beliau. Pada masa yang sama juga, media setia bekerjasama dalam sesi wawancara khas berkaitan isu-isu semasa yang dapat ditatap oleh pembaca dan rakyat Malaysia.

In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
Out of stock
Read more
Out of stock
Read more