Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, buku 汉语词汇指南 Hànyű cíhuì zhīnán (Panduan Kosa Kata Bahasa Mandarin) berjaya dihasilkan. Buku ini dilengkapi dengan bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris agar dapat memberi pemahaman dan penguasaan yang lebih efisien terhadap bahasa Mandarin.
Secara umumnya, buku ini diterbitkan sebagai panduan atau rujukan kepada semua individu yang ingin mempelajari bahasa Mandarin dan secara khususnya bagi semua pelajar yang mengambil Kursus Mandarin tahap I, II dan III yang, ditawarkan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. Bab pertama menceritakan tentang golongan kosa kata bahasa Mandarin dan pecahan-pecahan berserta fungsi penggunaannya secara ringkas. Bab kedua dalam buku ini memaparkan contoh kosa kata bagi 12 golongan kata bahasa Mandarin. Bagi setiap golongan kata, sebanyak 20-25 contoh kosa kata asas diberikan. Bab seterusnya diceritakan tentang corak struktur ayat bahasa Mandarin berserta contoh ayatnya, Bagi 17 konteks perbualan yang diberikan, sebanyak 25 contoh kosa kata beserta contoh 10-15 ayat disediakan bagi setiap konteks perbualan. Kesemuanya disediakan dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris agar pelajar dapat memahami kosa kata tersebut dan mahir menggunakannya dalam struktur ayat bahasa Mandarin dengan betul dan jelas.

In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
In stock
Read more
1 in stock
Add to cart
5 in stock
Add to cart