IGIFT

Universiti Malaysia Terengganu

Ilmu Mengarang Melayu : Edisi Ejaan Rumi Baharu

Ilmu mengarang melayu merupakan salah satu karya agung yang dihasilkan oleh Za’ba. Buku ini mula diterbitkan dalam versi Jawi pada tahun 1934 dan dicetak semula sebanyak enam kali sehingga tahun 1956. Cetakan kedua yang dibaiki dan dipinda pula diterbitkan dalam versi Rumi pada tahun 1962. Dalam penerbitan edisi baharu pada tahun 2002, buku ini. diberi wajah baharu dari segi penggunaan ejaan masa kini tetapi masih mengekalkan identiti dan struktur gaya bahasa yang digunakan oleh penulis asal.